Berita UtamaUtama

AG minta perjelas isu permit kempen rumah ke rumah

Tanggungjawab mengundi hak asasi dalam Perlembagaan

BANGI, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Kontroversi berhubung permit polis bagi tujuan kempen dari rumah ke rumah dan secara bergerak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai perlu dijelaskan secara terperinci, kata Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Terdahulu, polis telah menetapkan semua parti dan calon yang bertanding dalam PRK Tanjung Piai perlu mendapatkan permit bagi kempen yang dibuat dari rumah ke rumah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Ia susulan pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan parti dan calon yang hendak berkempen dari rumah ke rumah perlu dapat permit polis, Selasa lalu.

Difahamkan, peraturan itu kali pertama dikeluarkan SPR ketika tempoh kempen PRK Parlimen Tanjung Piai.

Mengulas lanjut, Thommy Thomas berkata, peruntukan dibuat pihak polis terhadap keperluan permit yang dinyatakan mengikut Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya adalah tidak jelas.

“Sejarah membuktikan bahawa kaedah untuk meraih pengundi ini adalah paling popular digunakan calon daripada semua parti politik dan tanpa perlu untuk mendapatkan permit sedemikian, sejak 1955,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tommy berkata, tanggungjawab mengundi adalah hak asasi yang jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Semenjak tahun 1955, 14 Pilihan Raya Umum (PRU), selain ratusan pilihan raya kecil telah diadakan bagi membolehkan para pengundi memilih ahli Parlimen dan wakil rakyat mereka.

“Aktiviti berkempen bagi tujuan pilihan raya ini adalah penting di dalam sistem demokrasi berparlimen,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close