Berita UtamaUtama

82 kes chikungunya di Perak

Tiada kematian dilaporkan: Pengarah Kesihatan

IPOH, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Sebanyak 82 kes jangkitan chikungunya dilaporkan berlaku di daerah Batang Padang, di Perak setakat 12 November, sejak wabak itu bermula pada 11 September lepas.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, terdapat tujuh lokaliti wabak aktif chikungunya di daerah itu.

“Ia melibatkan 52 kes di Kampung Baru Air Kuning manakala selebihnya di Pekan Bidor, Taman Tapah, Taman Tapah Baru, Kampung Baru Kampung Pahang, Taman Orkid dan Taman Daya melibatkan Mukim Chenderiang, Mukim Bidor dan Mukim Batang Padang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Dr Ding berkata, tiada kematian dilaporkan berlaku di lokaliti terbabit.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan di kesemua lokaliti berkenaan mendapati indeks pembiakan Aedes yang tinggi menjadi punca utama penularan wabak aktif chikungunya, dengan tempat pembiakan nyamuk dijumpai di longgokan sampah haram, lot kosong dan terbiar serta longkang.

Daerah Batang Padang mencatatkan, kadar jangkitan chikungunya tertinggi dengan 44 orang diikuti Larut Matang Selama di Pokok Assam Zon 2 sebanyak 16 kes dan Kampar (11 kes).- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close