Berita UtamaDuniaUtama

Perbicaraan tuntutan tanah bertukar tragedi maut

Bekas pegawai polis tak berpuas hati dituduh beri kesaksian palsu

BANGKOK, 16 Rabiulawal 1441H, Rabu – Seorang bekas polis bertindak melepaskan tembakan dan mengakibatkan kematian di mahkamah Thailand, selepas dituduh melakukan dakwaan palsu dan memberi kesaksian palsu, kata polis.

Kejadian tembakan berkenaan berlaku di sebuah mahkamah di wilayah Chanthaburi, timur Bangkok ketika menunggu keputusan hakim mengenai satu tuntutan tanah. 

Jurucakap Mahkamah Keadilan dalam satu kenyataan berkata,  mangsa termasuk salah seorang plaintif dan seorang peguam, Bancha Porameesanaporn.

Bekas pegawai polis berkenaan yang dikenal pasti sebagai Tharin Chantharathip turut ditembak mati oleh polis di dalam mahkamah.

Jurucakap Suriya Hongwilai berkata, Tharin difahamkan terlibat dalam beberapa pertikaian tuntutan tanah selama bertahun-tahun, termasuk saman sivil yang berkaitan dengan tanah dan kes jenayah lain.

“Apabila hakim meninggalkan ruang mahkamah, suspek melakukan perkara yang tak terduga,” kata Suriya.

Jurucakap polis, Charan Jitchuejun berkata, tiga mangsa lagi cedera parah iaitu isteri Bancha dan dua lagi peguam.

Pada bulan Oktober lalu, seorang hakim di selatan Thailand menembak dirinya di mahkamah setelah menyampaikan keputusan tidak bersalah dalam kes lima suspek Muslim yang didakwa melakukan pembunuhan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close