Berita UtamaDuniaUtama

Pengebom meledak di Ibu Pejabat Polis Medan

Seorang cedera di kawasan tempat letak kereta

JAKARTA, 16 Rabiulawal 1441H, Rabu – Satu letupan yang menggemparkan rakyat tempatan dilaporkan berlaku di Ibu Pejabat Polis Medan, Sumatera Utara, pada pagi ini.

Letupan itu, yang disyaki dilakukan oleh pengebom berani mati berlaku kira-kira pukul 8.35 pagi (9.35 pagi waktu Malaysia) di tempat letak kereta di hadapan pejabat bahagian narkotik.

Dari pemerhatian The Jakarta Post, sekurang-kurangnya satu mangsa cedera di tempat letak kereta. 

Ketika laporan ini ditulis, pihak polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Jurucakap Polis Negara Briged Jeneral, Dedi Prasetyo mengesahkan bahawa letupan berlaku.

“Ya, ia disyaki pengeboman berani mati.  Pelaku juga disyaki telah mati, tetapi pasukan polis masih memeriksa lokasi jenayah,” kata Dedi dalam laporan langsung Kompas TV.

Dedi berkata, anggota polis dari Densus 88 pasukan Counter Terrorism Polis Negara dan pasukan Sistem Pengenalpastian Cap Jari Automatik Polis Sumatera Utara (Inafis) telah tiba di tempat kejadian untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai pengeboman bunuh diri itu akan didedahkan kepada orang ramai selepas proses pemeriksaan selesai. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close