Berita UtamaUtama

Netizen terus ‘hentam’ Nie Ching isu sekolah vernakular

Berapa banyak negara boleh jimat jika hanya ada sekolah satu aliran

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 16 Rabiulawal 1441H, Rabu – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching terus ‘dihentam’ pengguna laman sosial Facebook hari ini, susulan kenyataannya yang menyifatkan tindakan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencabar kewujudan sekolah vernakular hanyalah membuang masa dan sumber.

Membidas kenyataan Nie Ching, pemilik akaun Mohd Fazli Abdullah berkata, hasrat untuk mengubah sistem pendidikan kepada sekolah satu aliran mesti diteruskan, walaupun DAP mengugut akan guna sifat keras bagi menghalang usaha berkenaan.

“Lihatlah betapa sombongnya mereka menjadikan negara ini seolah-olah tanah bangsanya turun-temurun. Mohon kita lawan,” katanya.

Turut senada, pemilik akaun Abu Hassan yang mempersoalkan perjuangan sebenar DAP sebagai kerajaan, kerana dilihat hanya untuk orang Cina dan India semata-mata.

“Sedangkan dalam DAP ada juga di kalangan mereka orang-orang Melayu. Apa perasaan orang Melayu dalam parti itu ya? Tanya saja,” soalnya.

“Wujud sekolah vernakular sebenarnya yang membazir. Bayangkan berapa banyak wang dibelanja dengan adanya sekolah ini, dan berapa banyak negara boleh jimat jika ia tiada,” kata Tahir Abd Hak.

Sementara itu, beberapa netizen menyatakan sokongan terhadap Mohd Khairul Azam kerana memperjuangkan sekolah satu aliran dan berusaha mencabar kewujudan sekolah vernakular.

“Melayu semua bersatulah lawan bangsa bongkak ini. Jom kita sama-sama menyumbang untuk tabung kes ini,” tulis Era Ahmad.

“Terima kasih para pejuang menghapuskan sekolah vernakular,” kata Omar Ab Wahab.

Terdahulu, Nie Ching dilaporkan berkata, DAP – parti yang dominan dalam kerajaan – akan bekerjasama dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur bagi memastikan niat mencabar kedudukan sekolah Cina dan Tamil tidak kesampaian.

“Kami tidak boleh menghalang seseorang untuk (bawa isu) ke mahkamah dan kami tidak leka.

“Jika dia mahu lakukan provokasi, maka kami pasti akan menggunakan sifat paling keras untuk mempertahankan hak belajar bahasa ibunda,” kata Nie Ching seperti dilapor Sinchew Daily.

Kenyataan Nie Ching itu susulan keputusan Mohd Khairul Azam yang mahu membawa kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular, kelmarin.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close