Berita UtamaDuniaUtama

500 kem tahanan Uyghur dikesan

Jumlah tahanan mungkin lebih besar daripada yang pernah dilaporkan

WASHINGTON, 16 Rabiulawal 1441H, Rabu – Peguam bela untuk hak asasi kaum minoriti Uyghur berkata, mereka telah mengesan kira-kira 500 kem tahanan dan penjara di China yang dikendalikan oleh kerajaan untuk menahan kumpulan etnik yang disasarkan itu.

Aktivis itu berkata, berdasarkan bilangan kem tahanan yang dikenalpasti, ia bermakna China telah menahan lebih sejuta warga Uyghur – melebihi data yang pernah direkodkan sebelum ini.

Pergerakan Kebangkitan Kebangsaan Turkistan Timur, sebuah kumpulan berpangkalan di Washington yang mencari kemerdekaan untuk Xinjiang berkata, melalui imej dari Google Earth, mereka dapat mengesan sebanyak 182 kem-kem tahanan.

Kumpulan itu berkata, penemuan itu selari dengan maklumat di lapangan, yang melihat terdapat 209 penjara dan 74 kem yang disyaki akan dibahagikan kemudian.

“Sebilangan besar daripada kem dan penjara itu gagal dikenalpasti sebelum ini, jadi jumlah mereka yang ditahan mungkin lebih besar berbanding yang pernah dilaporkan.

“Kami juga yakin ada lebih banyak kem tahanan yang masih belum dikesan,” kata pengarah operasi pergerakan itu, Kyle Olbert pada sidang media di Washington.

Anders Corr, seorang penganalisis yang dahulunya bekerja di perisikan AS, berkata sekitar 40 peratus kem tahanan itu belum dilaporkan sebelum ini.

China menggunakan penyeksaan dan penderaan seksual untuk mengintegrasikan etnik Uyghur secara paksa ke dalam majoriti Han, termasuk menekan kaum Muslim untuk menghentikan kepercayaan mereka seperti solat dan menghindari daging babi dan alkohol. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close