Berita UtamaUtama

Terkontang-kanting lawan DAP padah pilihan sendiri

Tabiat parti Melayu buat keputusan langsung tak peduli suara umat

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 15 Rabiulawal 1441H, Selasa – Kritikan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan kenyataan kontroversi mengenai DAP baru-baru ini, sebenarnya padah daripada keputusan partinya sendiri.

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada hakikatnya, telah membuat pilihan untuk bersendirian mengendalikan DAP, sebagaimana UMNO memilih untuk bersendirian mengendalikan MCA.

“Memang tabiat parti-parti Melayu buat keputusan sendiri untuk bersahabat dengan parti cauvinis, tanpa pedulikan suara umat. Bukan sekadar sendiri buat sendiri tanggung, tapi turut menggadaikan umat.

“Bersatu dan UMNO berpatah arang, berkerat rotan. Kalah menang, dua-dua jadi arang, yang jadi abunya umat Islam. Orang Melayu perlu kepimpinan baharu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dalam sebuah rakaman video yang tular baru-baru ini, Ahmad Faizal dilihat memberitahu penduduk mengenai kepayahannya menjaga kepentingan Melayu dan Islam kerana tidak sealiran dengan kehendak sekutunya dari DAP.

“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini. Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita.

“Saya buat itu perlahan-lahan. Tapi, Alhamdulilah… kat sana (Perak) kawan-kawan UMNO saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan UMNO baik dengan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Faizal kemudiannya mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan meminta penjelasan berhubung perkara yang diungkapkan.

Malah, beliau berkata, kenyataan yang dibuat Ahmad Faizal itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata, kata-kata Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak amat dikesali dan sangat memalukan.

Beliau berkata, tindakannya yang mengangkat wakil pembangkang sambil memperlekehkan sahabat dalam PH tidak boleh diterima sama sekali.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close