Berita UtamaDuniaUtama

PBB mesti siasat kematian Morsi

Ikhwan Muslimin gesa Pelapor Khas PBB rujuk kes ke ICC

KAHERAH, 15 Rabiulawal 1441H, Selasa – Gerakan Islam, Ikhwan Muslimin menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat dan menahan pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian bekas Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi, pada Jun lalu.

“Sebagai sebahagian daripada usaha PBB untuk memerangi hak asasi manusia, kami menuntut badan antarabangsa berkenaan untuk menjalankan penyiasatan pembunuhan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi,” kata kumpulan itu.

Ikhwan Muslimin turut menggesa Pelapor Khas PBB mengenai pembunuhan ekstrem, supaya mengambil tindakan pantas merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Sikap membisu antarabangsa terhadap jenayah ini mencetuskan nilai keadilan dan prinsip hak asasi manusia,” katanya.

Morsi adalah presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi dan salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diharamkan. Beliau digulingkan rejim Abdel Fatah El Sisi pada 2013.

Beliau dijatuhi hukuman mati dan 48 tahun penjara selepas didapati bersalah terhadap lima tuduhan, termasuk melakukan pengintipan bersama Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), dan Qatar, selain menghina sistem keadilan Mesir.

Difahamkan, Morsi dikurung bersendirian selama 23 jam sehari, dan hanya dibenarkan bersenam selama satu jam.

Beliau tidak diberi akses kepada media, diharamkan memiliki buku atau akhbar, selain mengadakan hubungan dengan pihak lain, kecuali pengawal penjara.

Morsi yang mempunyai masalah kesihatan termasuk kencing manis serta penyakit hati dan buah pinggang juga dilaporkan tidak menerima rawatan perubatan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close