Berita UtamaDuniaUtama

Komander Jihad Islam terbunuh diserang pengganas Israel

Isteri Baha Abu Al-Atta, turut terkorban dalam serangan awal pagi tadi

GAZA, 15 Rabiulawal 1441H, Selasa – Komander Kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin (PIJ), Baha Abu Al-Atta dibunuh rejim pengganas Israel dalam serangan di Semenanjung Gaza, awal pagi tadi.

Jihad Islam – kumpulan bersenjata di Gaza – yang juga sekutu Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dalam satu kenyataan mengesahkan kematian Baha, 42, selepas rejim Zionis menyerang kediamannya di daerah Shejayia, di timur Gaza City.

Jurucakap PIJ tanpa menyatakan nama berkata, isteri Baha turut terbunuh dalam serangan berkenaan.

Katanya, serangan rejim pengganas adalah hasil kerjasama pihak tentera dan perkhidmatan keselamatan domestik Israel, Shin Bet.

Sementara itu, penduduk memberitahu mereka mendengar letupan kuat dari kediaman Baha.

Pergerakan Jihad Islam, yang diasaskan pada lewat 1970-an, lebih kecil daripada Hamas, dan kekal dengan pendirian bahawa Palestin, dengan sempadan bermula di Sungai Jordan ke Laut Mediterranean, adalah tanah milik Islam dan dilarang diserahkan kepada mana-mana pihak.

Sayap ketenteraan Jihad Islam – Brigade Al-Quds – diaktifkan sejak Intifada 1987, dengan menyasarkan tentera rejim Israel dan tempat lain. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close