Berita UtamaUtama

Kempen BMF akan digerak ke seluruh pelusuk negeri

BMF mesti jadi satu kebiasaan dan budaya masyarakat: UMMAH

BANGI, 15 Rabiulawal 1441H, Selasa – Kempen Beli Produk Muslim Dulu atau Buy Muslim First (BMF) semakin mendapat tempat di hati masyarakat, sehingga berjaya meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga Islam.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya memberi jaminan akan terus menggerakkan kempen BMF ke seluruh pelusuk negeri, supaya masyarakat sedar kepentingan mengutamakan produk halal.

Beliau berkata, UMMAH melancarkan kerjasama dengan semua pihak termasuk ketua-ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan negeri.

“Saya menggesa seluruh umat Islam di Malaysia, teruskan berkempen. BMF milik semua, ayuh kita praktikkan sebagai satu kebiasaan dan budaya masyarakat kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Beli Produk Muslim (BMF) di peringkat daerah Raub, semalam.

Karnival berlangsung selama 3 hari, membabitkan persatuan-persatuan masyarakat tempatan, peniaga, pengusaha produk dan pemborong Melayu di Raub.

Karnival berkenaan turut disokong penuh oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Majlis Daerah, Pejabat ADUN dan Qadhie daerah Raub.

BMF dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal di seluruh negara.

UMMAH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama KOHILAL dan Abata, dalam usaha melaksanakan kempen berkenaan.

Kempen berkenaan memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close