Berita UtamaUtama

Fitnah ditaja PAN, Berjasa buat laporan polis

Semua parti bertanding digesa kempen secara sihat, elak politik fitnah

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 15 Rabiulawal 1441H, Selasa – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Johor membuat laporan polis berhubung fitnah yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Terdahulu, Berjasa dituduh pihak tidak bertanggungjawab kononnya ditaja oleh parti rasis, PAN seperti yang tular di aplikasi Whatsapp dan Telegram.

Serentak itu, Ketua Perhubungan Berjasa Johor, Mohd Izzul mengesahkan, pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Polis Pontian jam 2 petang tadi.

Beliau menegaskan, Berjasa tidak mempunyai hubung kait dengan parti PAN, apatah lagi menerima dana dari parti berkenaan.

“Kami kesal dengan politik keji yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam kempen PRK Tanjung Piai.

“Jadi, Berjasa gesa semua semua pihak dapat bertanding secara sihat dengan menolak politik fitnah,” katanya.

Dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, Berjasa mengetengahkan calon yang juga Presiden parti berkenaan Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz.

Prof Badrulhisham atau Tok Badh ialah bekas Profesor Kanan dan Pengarah Korporat Strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau juga pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kyoto.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP), selain mempunyai pengalaman industri selama 10 tahun bersama syarikat multinasional Amerika dan syarikat milik Tan Sri Mokhtar Bukhari.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close