Berita UtamaUtama

Calon SPM antara 23 ditahan merusuh di hadapan restoran

Punca rusuhan akibat salah faham, 3 suspek positif dadah

SUNGAI SIPUT, 15 Rabiulawal 1441H, Selasa – Seramai 23 lelaki termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan, selepas dipercayai merusuh di hadapan sebuah restoran di Persiaran Waterfront, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, semua suspek berusia antara 17 hingga 26 tahun ditahan di lokasi kejadian, selepas pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 1.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham antara dua kumpulan dan saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam sidang media, selepas majlis pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, di sini, hari ini.

Mohd Khaizam berkata, kesemua lelaki itu direman empat hari mulai hari ini, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close