Berita UtamaIstimewaPRK Tg. PiaiUtama

Undi PH, MCA bererti undi DAP

Calon Melayu PH tak mampu pertahan isu bangsa, agama di Parlimen

BANGI, 14 Rabiulawal 1441H, Isnin – Setiap undi yang diberikan kepada calon dari Pakatan Harapan (PH) dan MCA, sama seperti memberikan undi kepada parti tamak haloba DAP, kata Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Prof Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz.

Beliau berkata, walaupun PH meletakkan calon Melayu iaitu Karmainie Sardini dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun begitu di belakang gabungan itu terdapat dominasi besar parti DAP.

Sementara MCA pula, katanya, sudah banyak kali membuktikan sikap prejudis mereka terhadap Islam dan syariatnya serta sering bersekongkol dengan DAP dalam menidakkan perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimana kita nak harap orang Melayu dari PH kerana beliau tidak akan mampu mempertahankan Islam dan Melayu. Selama setahun mereka telah membuktikan Ahli Parlimen Melayu tidak akan mampu untuk tidak tunduk kepada DAP.

“Bagaimana kita nak pilih mereka. Kita tidak boleh memilih mereka. Kita tidak boleh memberi undi kepad PH, satu undi kepada PH bererti satu undi kepada DAP.

“Undi kepada MCA sama juga undi kepada DAP. Ini bukan saya kata, bukan buat-buat. Bila kita tengok di dalam Parlimen, bila ada isu tentang UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu), Melayu, Islam, jawi dan sebagainya, mereka ini bersekongkol, sama-sama berjuang untuk menidakkan perkara yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan,” katanya dalam ceramah umum di Pekan Nanas, Sabtu lalu.

Prof Badrulhisham menegaskan, meskipun mempunyai hubungan baik dengan Karmaine serta saling menghormati di antara satu sama lain, namun beliau tidak boleh berkompromi dalam isu yang membabitkan kepentingan Melayu dan Islam.

“Dalam isu kenegaraan, dalam isu kepimpinan, dalam isu mempertahankan Islam dan Melayu, maka saya tidak boleh berkompromi

“Saya menyeru marilah kita sama-sama undi Berjasa. Kita bertanding hanya kerana prinsip, hanya kerana memikirkan tentang perpaduan. Kita tidak mahu nasib orang Melayu Islam terpinggir di tanahnya sendiri. Sebab itu kita datang ke Tanjung Piai. Kita akan bawa suara-suara yang akan mempertahankan hak Melayu, Islam dan raja-raja,” katanya.

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada PH pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Hari mengundi ditetapkan pada 16 November manakala undi awal pada 12 November depan.

Selain PH dan Barisan Nasional (BN), PRK kali ini turut membabitkan calon Gerakan yang diwakili Wendy Subramaniam, Prof Badhrulhisham serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close