Berita UtamaUtama

PRK Tanjung Piai: Undi Cina tidak akan berubah

Slogan Melayu Islam Berjasa tidak dilaungkan calon PH, Bebas

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 14 Rabiulawal 1441H, Isnin – Parti perkauman, MCA perlu ingat bahawa kekalahan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah disebabkan ‘swing’ pengundi orang Melayu dan bukannya pengundi Cina.

Pemerhati Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Isa Hamzah berkata, masyarakat Cina lebih percayakan DAP untuk membawa agenda mereka, sehubungan itu MCA perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan undi orang Cina.

“MCA perlu ingat bahawa ‘swing’ PRU-14 berdasarkan statistik memang kepada orang Melayu. Untuk PRK (pilihan raya kecil) Tanjung Piai ini memang menarik. Kita mahu tengok ‘swing’ orang Melayu kepada BN, PH, Berjasa atau calon Bebas,” kata beliau ketika temu bual dalam rancangan ‘Cakap Serupa Bikin’ yang disiarkan di TV Pertiwi, hari ini.

Dalam perkembagan sama, Dr Isa menjangkakan, undi masyarakat Cina di Tanjung Piai tidak akan berubah banyak dan secara umum mereka akan menyokong calon PH iaitu Karmaine Sardini.

Bagaimanapun bagi undi orang Melayu, beliau berkata, calon PH mempunyai isu yang dibangkitkan iaitu menyentuh harga sawit yang memberi kesan kepada penduduk Tanjung Piai yang mana kebanyakan orang Melayu di kawasan itu bekerja sebagai nelayan dan pekebun.

“Kita nak lihat undi Melayu ke arah mana daripada tiga calon Melayu. Kita merasakan dari segi kredibiliti invidual, Prof Datuk Dr Badhrulhisham lebih menonjol dengan latar belakang yang menakjubkan.

“Walaupun parti itu lama dan belum sampai bertanding di peringkat nasional, tetapi slogan yang dibawa Berjasa menarik. Contoh dalam isu minoriti dan majoriti diulas dengan mudah dalam kempen Berjasa,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Dr Isa menyatakan, input Berjasa dalam kempen di Tanjung Piai menarik kerana mahu Malaysia diperintah dengan kekuatan Melayu dan Islam tanpa meminggirkan masyarakat lain.

“Berjasa menganggap majoriti itu penting untuk dikekalkan sebagai tonggak menjadikan negara ini stabil. Di situ menarik.

“Saya rasa ada bahan-bahan yang baharu dengan kempen Berjasa berbanding wakil PH dan calon Bebas yang kita tak dengar pandangan dan pendirian beliau mengenai Melayu dan Islam,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close