Berita UtamaPRK Tg. PiaiUtama

PRK Tanjung Piai: Difitnah asam garam berpolitik

Pernah digelar macai, tetap bersemangat meneruskan prinsip

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 14 Rabiulawal 1441H, Isnin – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) menyifatkan fitnah yang dilemparkan ke atas parti itu sebagai asam garam dalam berpolitik.

Presidennya, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, tuduhan Berjasa ditaja PAN dan DAP bukanlah sesuatu yang baru kerana dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) mereka pernah dituduh sebagai ‘macai’ UMNO.

Beliau berkata, Berjasa berjuang di atas prinsip dan kekal konsisten sehingga ke hari ini, malah semua ahli dididik untuk berkorban tenaga, masa dan wang demi parti, agama dan bangsa.

“Dalam PRK kali ini, kita pula dituduh ‘macai’ PH. Jadi ia perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya apabila lebih dari dua parti bertanding,” kata beliau ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Mengulas lanjut, Prof Badhrulhisham yang lebih mesra disapa Tok Badh berkata, Berjasa tidak terjejas dengan fitnah berkenaan, bahkan sokongan penduduk di Tanjung Piai semakin menggalakkan.

“Sambutan amat memberangsangkan sehingga mereka menawarkan pelbagai bentuk pertolongan seperti tempat tinggal percuma dan lain-lain,” kata beliau.

Dalam pada itu, Tok Badh memaklumkan, kempen Berjasa di Tanjung Piai diperhebatkan lagi dengan kehadiran lebih 500 ahli yang majoriti dalam kalangan anak muda.

Katanya, kehadiran mereka boleh dilihat dari segi bunting dan bendera yang dinaikkan, begitu juga dengan petugas-petugas yang berkempen dari rumah ke rumah.

Papar selanjutnya

Artikel berkaitan

Back to top button
Close