Berita UtamaUtama

PPSR boleh diperoleh 21 November ini

Keputusan UPSR, PASR boleh disemak melalui portal, SMS

BANGI, 14 Rabiulawal 1441H, Isnin – Semua murid Tahun 6 boleh memperoleh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada 21 November 2019, bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin berkata, waris dibenarkan mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

Beliau berkata, PPSR adalah suatu dokumen melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

“PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Amin berkata, semakan keputusan UPSR dana PASR boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR<jarak>AngkaGiliran atau PASR<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 21 November 2019 dan akan ditamatkan pada jam 6 petang pada 27 November 2019.

“Semakan keputusan UPSR dan PASR juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close