Berita UtamaUtama

Penyatuan bermusim punca kelemahan orang Melayu

Parti bukan Islam cuba dominasi politik negeri, Persekutuan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 14 Rabiulawal 1441H, Isnin – Penyatuan bermusim serta tidak konsisten menjadi antara ‘kunci’ kepada kelemahan orang Melayu dalam mendominasi kuasa politik dan ekonomi negara.

Penganalisis politik, Dr Syed Agil Syed Alsagoff berkata, beliau tidak menafikan parti bukan Islam berusaha untuk menjadi dominan dalam menguasai politik negeri-negeri, termasuk Persekutuan.

Beliau berkata, di peringkat Pusat juga ada Majlis Presiden yang akan bersama-sama menentukan hala tuju dan dasar kerajaan, namun suaranya juga banyak datang daripada parti bukan Melayu.

“Jadi yang paling penting adalah semangat dan penyatuan orang Melayu. Tetapi kita tak nampak penyatuan itu konsisten. Sedangkan, orang bukan Melayu, mereka sangat konsisten.

“Orang Melayu hanya bergantung pada musim. Apabila konflik berlaku pada mereka, maka bersatulah dan minta macam-macam. Namun, apabila selesa sedikit dengan penguasaan ekonomi dan politik, mereka mula biarkan serta memberi ruang,” katanya ketika temubual Cakap Serupa Bikin di TVPertiwi, malam ini.

Ditanya dominasi MCA dalam menentukan calon di Tanjung Piai, Dr Syed Agil berkata, UMNO tertekan dalam membuat keputusan kerana bimbang hubungan antara parti komponen itu akan terjejas.

Menganggap kes di Tanjung Piai bukan isu pengaruh, beliau berkata, parti itu dilihat tertekan untuk memberi ruang kepada MCA meletakkan calon, sedangkan UMNO mengetahui keadaan semasa hari ini banyak membabitkan isu Melayu.

“BN (Barisan Nasional) akan terjejas jika calon di Tanjung Piai adalah dalam kalangan UMNO atau PAS, kerana parti yang berasaskan kaum Cina itu akan menarik diri sebagai komponen.

“Kalau ikut sejarah pun, MCA bersama dengan UMNO begitu lama, kemudian MIC. Jadi sebagai membalas jasa MCA, maka UMNO memikirkan bahawa lebih baik memberikan ruang kepada MCA,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close