Berita UtamaUtama

Netizen ‘tibai’ Nie Ching berhubung isu sekolah vernakular

Perpaduan perlu dipupuk sejak kecil di sekolah satu aliran

BANGI, 14 Rabiulawal 1441H, Isnin – Rata-rata masyarakat hari ini mengecam kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang meminta berhenti mencabar kewujudan sekolah vernakular.

Tinjauan Ismaweb di media sosial mendapati, netizen membidas kerajaan yang kononnya mahu menyatupadukan kaum tetapi pada masa sama mengekalkan kewujudan sekolah vernakular.

Menurut pengguna Facebook, Husri Jumaiadin, sekolah di negara ini perlu diseragamkan dan mempunyai satu aliran sahaja.

“Atas dasar itu, barulah ada kesamarataan bangsa. Kata bangsa Malaysia tetapi sekolah kamu ada pelbagai aliran, pelik,” katanya.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai Mat Gu berkata, kewujudan sekolah vernakular menghancurkan Malaysia yang mana kaum Cina khususnya masih ada yang tidak boleh berbahasa Melayu.

Selain itu, katanya lagi, silibus sekolah vernakular juga berpaksikan negara luar.

“Jika dari sekolah kita pisahkan mengikut kaum, nanti dah besar macam mana pula kita nak suruh mereka bersatu padu?” kata seorang lagi netizen, Muhd Dzul Ikram.

Terdahulu, Nie Ching meminta rakyat menghentikan tindakan mencabar kewujudan sekolah vernakular.

Katanya, sekolah vernakular adalah aset penting kepada negara malah kewujudan sekolah berkenaan menunjukkan keunikan Malaysia yang perlu dipertahan oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan etnik.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan seorang peguam untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close