Berita UtamaIstimewaUtama

Prinsip ‘rule of law’ PH-DAP habis digadai selepas jadi pemerintah

Pengganas perkauman bukan hanya ancam Melayu, tapi kaum lain juga

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 12 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Walaupun hak Melayu dan Bumiputera serta agama Islam dijamin dalam Perlembagaan, bukan bermakna semua peruntukan itu tidak akan terancam di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang didominasi DAP.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindak-tanduk pentdbiran PH sejak lebih setahun memerintah bukan hanya menggusarkan kepentingan Melayu dan Islam, bahkan kedudukan Raja-Raja.

Merujuk usaha meratifikasi dua perjanjian antarabangsa sebelum ini, beliau berkata, walaupun Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom masih tidak berjaya dimeterai, tetapi jelas PH berusaha untuk melaksanakannya walaupun ditentang.

“ICERD sebagai contoh, mereka cuba untuk tandatangan tetapi digagalkan dengan bantahan rakyat. Manakala, Statut Rom pula dibuat senyap-senyap, kerana tahu ia juga ditentang oleh orang Melayu.

“Tanpa sensitiviti, mereka laksana secara senyap walaupun PM mengarahkan supaya ditarik balik. Tetapi, mereka ini begitu nekad,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut bersetuju dengan kenyataan Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman bahawa ramai orang Melayu dan Islam masih tidak faham bahaya yang sedang mereka hadapi, malah mereka menganggap tindak tanduk rasis kerajaan, didominasi DAP hanya biasa-biasa sahaja.

Yakin kegusaran itu tidak hanya kepada peruntukan dalam Perlembagaan semata-mata, tetapi juga isu-isu lain membabitkan asas kemanusiaan, ketelusan dan keselamatan juga dicabar, katanya.

“Sebagai contoh isu LTTE. Pengganas perkauman ini bukan hanya mengancam orang Melayu sahaja, bahkan juga kepada kaum-kaum lain, termasuk Cina dan India.

“Saya kesal, selepas polis membuat siasatan dengan bukti jelas, tetapi kenapa ada gangguan sebegitu sehinggakan pemimpin utama DAP membuat kenyataan yang cukup menghiris perasaan anggota keselamatan,” katanya.

Beliau turut menempelak sikap kerajaan dalam menangani isu rasuah membabitkan ahli dan pemimpin daripada kalangan mereka, apabila ‘rule of law’ yang kononnya menjadi prinsip PH dan DAP sebelum ini digadaikan.

“Sibuk nak tambah anggota SPRM, tetapi kalau tiada kuasa tak guna juga. Tambahlah 100 orang pun, buat kerja banyak mana kalau akhirnya hanya Peguam Negara yang berkuasa. Kes yang telah dibicarakan, tiba-tiba digugurkan.

“Perjuangan DAP yang kononnya antirasuah, salah guna kuasa dan serangan seksual juga hilang apabila pemimpin mereka terpalit skandal, merogol amah. Pemimpin DAP yang konon bela keadilan, tetapi membela pemimpin mereka yang merogol,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

Pemimpin Melayu gagal fahami genosid demokrasi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close