Berita UtamaUtama

Makin teruk…ultra kiasu Melayu sanggup gadai prinsip

Butakah tidak dapat melihat segala kejahatan mereka, soal Ridhuan Tee

BANGI, 12 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Pendakwah bebas, Pof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan sikap puak utlra kiasu semakin terlalu teruk selepas mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.

Beliau mengakui kecewa kerana kejahatan yang ultra kiasu lakukan kini sudah sampai ke tahap kemuncak.

“Butakah kita tidak dapat melihat segala kejahatan mereka? Jangan pergi jauh, lihat sahaja gelagat ‘sarjan calit tiga’ sudah cukup di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk sikap pemimpin parti paling dominan di Putrajaya, DAP apabila berlagak mengkritik kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan Ahmad Faizal memberitahu penduduk mengenai kepayahannya menjaga kepentingan Melayu dan Islam kerana tidak sealiran dengan kehendak sekutunya, DAP.

Menerusi video itu, Faizal dilihat bersama calon PH untuk Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Karmaine Sardini, sedang duduk bersantai dengan penduduk di kawasan Tanjung Piai, sambil menceritakan situasi yang sedang berlaku di negeri pimpinannya.

“Macam saya di Perak, saya seorang terkontang-kanting nak lawan dengan puak-puak DAP ini. Saya nak pertahankan tanah orang Melayu. Saya nak perjuangkan agama kita.

“Saya buat itu perlahan-lahan. Tapi, Alhamdulilah, kat sana (Perak) kawan-kawan UMNO saya tak adalah marah saya macam ini. Kawan-kawan UMNO baik dengan saya,” kata Faizal.

Berang dengan kenyataan Faizal, beberapa pemimpin PH dilaporkan menuntut permohonan maaf secara terbuka, termasuk menuduh Pengerusi Bersatu Perak sebagai munafik.

Menggelar pemimpin ultra kiasu seperti cacing kepanasan, Ridhuan Tee mengakui kenyataan Faizal untuk menentang puak-puak DAP adalah wajar kerana ia perkara sama sedang dirasakan oleh rakyat ketika ini apabila pentadbiran PH semakin teruk selepas menang PRU.

“Kamu serang saudara seagama bertubi-tubi dengan kata-kata kesat dan kasar seperti tidak layak menjadi menteri besar. Turut terkeluar perkataan munafik. Saya bimbang sifat munafik itu kembali kepada kamu.

“Untuk makluman ultra kiasu Melayu, itulah hakikat sebenarnya yang dirasai oleh rakyat marhaen hari ini. Ultra kiasu ini sudah menjadi terlalu teruk apabila mendapat kuasa. Jangan pula kamu lebih teruk daripada mereka.

“Sepatutnya, yang perlu muhasabah diri bukan Menteri Besar Perak tetapi kamu ultra kiasu, terutama ultra kiasu Melayu yang sanggup menggadaikan prinsip,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close