Berita UtamaUtama

LTTE: AG ikut telunjuk DAP?

Lepaskan pesalah bertentangan dengan konsep 'rule of law'

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 12 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Haji Che Abdullah Mat Nawi kesal apabila dua pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru dibatalkan, tanpa menyatakan sebab.

Beliau berkata, tindakan menggugurkan dua pertuduhan berkenaan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas seolah-olah seperti mengikut telunjuk parti rasis dan cauvinis, DAP.

“DAP kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan, kini sifat berkenaan hilang setelah parti itu menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Pelbagai isu yang dicetuskan pemimpin-pemimpin DAP, namun kesudahannya tiada sebarang tindakan. Contohnya, Exco Perak yang didakwa merogol pembantu rumah Indonesia. Sampai sekarang senyap sahaja.

“Wakil rakyat DAP yang didakwa terbabit rasuah juga tidak terima apa-apa tindakan sehingga sekarang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Mengulas lanjut, Che Abdullah mengakui kecewa kerana tindakan menggugurkan tuduhan berkenaan seperti mensia-siakan kerja pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah katanya, tindakan Peguam Negara menggugurkan pertuduhan kedua-dua ADUN DAP itu juga menyukarkan kerja-kerja siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Beliau (AG) melepaskan penjenayah dan pemimpin DAP tanpa rasa bersalah dan ini bertentangan dengan konsep ‘rule of law’.

“AG yang berpihak kepada DAP menjadikan parti itu lebih rakus lagi dalam memerintah berbanding pentadbiran Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Seremban membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas P Gunasekaran.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, di sini, masing-masing pada pukul 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lalu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close