Berita UtamaPRK Tg. PiaiUtama

Kemenangan Berjasa untuk orang Melayu Islam

Rugi bila Melayu terus bergaduh hanya kerana berbeza politik

BANGI, 12 Rabiulawal 1441H, Sabtu – “Jika Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) menang PRK Tanjung Piai, itulah tanda kemenangan untuk seluruh orang Melayu Islam,” kata Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz.

Beliau yang juga Presiden dan calon Berjasa yakin kemenangan Berjasa adalah kemenangan untuk keseluruhan orang Melayu kerana bertambahnya Ahli Parlimen muslim yang komited untuk memperjuangkan agenda Islam.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia ketika ini mengimpikan pimpinan yang berkaliber dan mampu menguruskan negara dengan professional dan berwawasan.

“Penduduk di kawasan yang majoritinya lebih kurang 58 peratus Melayu, mestilah dihantar orang Melayu sebagai wakil ke Parlimen,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Badrulhisham yang mesra panggilan Tok Badh mengakui kemenangan Berjasa pada PRK 16 November depan adalah titik tolak kepada penyatuan bangsa Melayu.

Beliau berkata, sesuatu perkara akan menjadi sukar sekiranya orang Melayu bergaduh sesama sendiri selama puluhan tahun hanya kerana perbezaan parti politik.

Katanya, krisis berterusan itu juga akan membuatkan orang Melayu sendiri yang kerugian, walaupun majoriti rakyat Malaysia berbangsa Melayu.

“Hari ini, walaupun majoriti orang Melayu memegang jawatan di Parlimen, namun kuasa terletak pada orang bukan Melayu,” katanya.

Tok Badh ialah bekas Profesor Kanan dan Pengarah Korporat Strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau juga pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kyoto.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP), selain mempunyai pengalaman industri selama 10 tahun bersama syarikat multinasional Amerika dan syarikat milik Tan Sri Mokhtar Bukhari.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close