Berita UtamaIstimewaPendapatUtama

Dipaksa tidur dengan perisik, rejim komunis China zalim

Wanita Uyghur enggan ikut arahan akan diseksa dengan zalim

REJIM komunis China kerap menafikan tindakan zalim mereka terhadap etnik Uyghur di Xinjiang, sebagaimana yang dilaporkan oleh media antarabangsa.

Penafian itu juga disahkan oleh Menteri Agama kerajaan baru, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika lawatan beliau ke China pada 25 hingga 28 Febuari 2018, untuk menghadiri ‘Thematic Briefing on China’s Ethnic Minority and the Promotion of Unity and Solidarity Among Ethnic Groups in Xinjiang’ anjuran Biro Antarabangsa, Parti Komunis China.

Namun sehingga ke hari ini, pelbagai perkara negatif berterusan melaporkan kezaliman rejim komunis China ke atas etnik Uyghur.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Menteri Agama dengan mengatakan bahawa tiada sebarang penindasan dilakukan oleh rejim komunis ke atas penduduk etnik Uyghur di Xinjiang.

Dr Mujahid juga menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China itu sebagai ‘berita palsu dari China apabila berucap di Beijing Foreign Studies University.

Lebih mengejutkan, selang beberapa hari kenyataan dibuat oleh Dr Mujahid, Dr Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF) membidas serta mempersoalkan penggunaan istilah ‘institusi vokasional dan latihan’ apabila Dr Mujahid memuat naik gambar ke laman Facebook mengenai lawatannya ke Xinjiang.

Melalui kapsyen di dalam gambar itu, Dr Mujahid mendakwa bahawa China menyasarkan pengkritik dasar Beijing dengan berselindung di sebalik dakwaan memerangi keganasan. (3.1)

Baru-baru ini, salah seorang bekas tahanan etnik Uyghur yang berjaya keluar dari negara China dan berselindung di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa ramai wanita Islam Uyghur, yang suaminya telah ditahan di kem konsentrasi telah didatangi oleh pegawai tentera China, selain memaksa tidur bersama dan melayani mereka. (4.2)

Perkara berkenaan didedahkan oleh Mihrigul Tursun, 29 ketika sidang media anjuran Media Radio Free Asia di National Press Club, Washington pada 26 November.

Mihrigul berkata, keengganan wanita Uyghur mengikut kehendak mereka akan mengakibatkan mereka diseksa dengan pelbagai cara zalim termasuk disuntik menjadi mandul -salah satu usaha menghapuskan etnik ini.

Beliau berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku di negara yang dilabelkan sebagai negara terkaya dan semakin maju dengan kebudayaan pembangunan teknologi pesat. (5.3)

Selain itu, kisah kezaliman melampau rejim komunis China ini juga dikongsikan oleh seorang imam beretnik Uyghur yang kini bermastautin di Australia.

Abdul Salam Alim menceritakan penderitaan dan tekanan yang dihadapi kaum keluarga serta jutaan rakyat kaumnya di Xinjiang.

Beliau berkata: “Biasanya anggota perisik China akan dihantar untuk menghuni setiap rumah etnik Uyghur di Xinjiang ketika suami mereka ditahan di kem-kem tahanan, malah anggota perisik atau pegawai tentera China ini akan tidur bersama seluruh ahli keluarga,

Demikian gambaran dasar tekanan asimilasi sistematik yang dilaksanakan oleh China terhadap etnik Uyghur.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berasa amat kecewa dengan kenyataan Menteri Agama sebelum ini yang terlalu mudah terpedaya dan gopoh membuat kenyataan, tanpa menyelidiki secara mendalam apa sebenarnya yang sedang berlaku di Xinjiang.

Justeru, UMMAH berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi menyelamatkan saudara seagama kita yang tinggal di China.

UMMAH juga membantah keras penindasan dan gerakan atau operasi dil uar batasan kemanusiaan terhadap penghapusan etnik Uyghur yang tidak bersalah, tetapi diperlakukan seperti haiwan dengan penuh kekejaman walaupun kaum ini mempertahankan akidah dan keimanan mereka kepada agama Islam.

Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu kaum Islam Uyghur.!

Haji Rashidi bin Haris
Naib Pengerusi UMMAH
Ketua Media MUAFAKAT

Nota sumber rujukan:

3.1. Sumber rujukan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/27/mujahid-dibidas-guna-terma-propaganda-china-ketika-lawat-p
usat-latihan-xinjiang/

4.2. Sumber rujukan: https://www.rfa.org/english/news/uyghur/cosleeping-10312019160528.html

5.3. Sumber rujukan: https://www.telegraph.co.uk/news/2018/11/28/begged-kill-uighur-woman-describes-torture-us-politicians/

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close