Berita UtamaPRK Tg. PiaiUtama

Berjasa jujur, tak tabur janji kosong raih undi

Tok Badh janji terus perjuang isu berbangkit mengenai rakyat

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 12 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) akan terus bersuara memperjuangkan hak-hak rakyat serta jujur dengan perkara sebenar tanpa janji atau tawaran yang tidak boleh dipenuhi.

Presiden yang juga calon Berjasa, Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz membangkitkan perkara berkenaan sebagai kaedah paling berkesan untuk menawan hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, kurang 7 hari lagi.

“Kami bukan pihak kerajaan, tetapi segala keluhan rakyat akan dibangkitkan, selari dengan peranan sebagai pembangkang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tawaran yang boleh diberi Berjasa kepada pengundi di Tanjung Piai, memandangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) difahamkan menggunakan keupayaan kewangan sebagai ‘gula-gula’ untuk menawan pengundi.

Mengulas lanjut, Dr Badrulhisham yang mesra dipanggil Tok Badh berkata, pihaknya maklum dengan strategi pihak saingan, namun beliau yakin Berjasa mempunyai cara tersendiri menarik hati pengundi.

“Kami tidak menjanjikan perkara yang mustahil untuk ditunaikan semata-mata untuk meraih undi dan akhirnya menipu pengundi sahaja,” katanya.

PRK Tanjung Piai – pilihan raya kecil kesembilan selepas PRU14 – menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Berjasa, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan dua calon bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 November sebagai hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close