Berita UtamaDuniaUtama

70 parah diserang rejim Zionis

Lebih 300 terbunuh, 18,000 cedera sejak The Great March of Return

BAITULMAQDIS, 12 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin cedera parah akibat serangan pasukan rejim pengganas Israel ketika protes antipendudukan yang diadakan setiap minggu berhampiran pagar pemisah antara Gaza dengan wilayah yang diduduki.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra mengesahkan, kebanyakan mangsa terkena peluru hidup selain mengalami sesak nafas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel.

Rejim pengganas yang ditempatkan di sempadan Israel melepaskan tembakan ke ratusan penunjuk perasaan Palestin yang berkumpul di pagar bagi menuntut hak untuk pulang ke tanah air mereka yang diduduki secara haram oleh rejim Zionis Israel sejak Mei 1948.

Protes mingguan – ‘The Great March of Return’ – adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.

Israel juga telah melancarkan tiga serangan besar ke atas wilayah dikepung itu sejak 2008, yang membunuh ribuan rakyat Gaza dan menghancurkan banyak infrastrukturnya.

Dalam tragedi itu, hampir 315 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel dan lebih 18,000 warga Palestin mengalami kecederaan.

Mac lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan, pasukan Israel telah melanggar hak undang-undang antarabangsa. Disebabkan itu, tercetusnya penunjuk perasaan yang dilakukan oleh rakyat Palestin di Gaza.

Sejak 2007, Genting Gaza telah berada di bawah kepungan haram Israel dan sekatan itu telah menyebabkan penurunan taraf hidup rakyat Palestin.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close