Berita UtamaUtama

Tanah runtuh: Jalan Genting-Amber Court dibuka semula

Pengguna dinasihatkan elak melalui jalan pada waktu malam: Polis

KUANTAN, 11 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Laluan Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands yang ditutup ekoran tanah runtuh pada Selasa lepas, dibuka semula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Mohd Shahril Abdul Rahman berkata operasi pembersihan selesai dilakukan semalam, membolehkan jalan dibuka kepada semua jenis kenderaan seperti sediakala.

“Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada melalui jalan tersebut pada waktu malam bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin akan berlaku,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku sekitar 5.30 petang Selasa, ekoran hujan lebat yang berterusan beberapa jam sebelumnya, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Laluan yang terlibat menuju ke sebuah pusat pangsapuri servis dan sebuah hotel serta tidak melibatkan laluan utama ke pusat peranginan terkenal itu.

Kejadian menyebabkan 200 pelancong terperangkap, namun mereka berjaya dibawa keluar pada 4 pagi Rabu, dengan berjalan kaki di laluan alternatif yang dibuat pasukan penyelamat.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close