Berita UtamaUtama

SOSMA tak akan dimansuh

Akta perlu dipertahankan bagi menghadapi jenayah

PONTIAN, 11 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dimansuhkan, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebaliknya, akta itu hanya akan  dipinda bagi menambah baik pelaksanaannya.

“Keputusan kerajaan termasuk dalam manifesto adalah kekal, iaitu tidak akan dimansuh SOSMA, ia akan dipinda.

“Langkah sudah dimulakan dan kita baru selesai satu pusingan bawa ke Kabinet yang mahu ada pandangan lain untuk diperhalusi lagi,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan, pelaksanaan SOSMA perlu dipertahankan kerana penting bagi menghadapi keganasan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya, sesi libat urus bersama pihak berkaitan termasuk ahli akademik, Parlimen dan Majlis Peguam sedang dijalankan sebelum pindaan SOSMA dapat dilaksanakan.

“Jadi kita buat sesi libat urus untuk mendapatkan input dan selepas ini akan dibawa semula ke Kabinet untuk keputusan muktamad,” katanya.

Tahun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan memansuhkan SOSMA yang diperkenalkan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana, katanya, menerusi SOSMA kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja tanpa perlu dibawa ke mahkamah dan terdapat sesetengah suspek yang ditemui meninggal dunia ketika masih dalam tahanan.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu, Dr Mahathir berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat untuk membincangkan keperluan pinda undang-undang drakonian. 

“Kita tidak akan hapuskan undang-undang ini seluruhnya tapi pindaan kepada peruntukan tertentu yang mempunyai unsur drakonian,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close