Berita UtamaUtama

‘Rule of law’ atau dwi standard?

Apakah AG bakal membebaskan semua suspek selepas ini?

BANGI, 11 Rabiulawal 1441H, Jumaat – “Islam tidak pernah melarang malah mengalakkan hubungan baik dengan masyarakat belum muslim. 

“Begitu juga dalam bab lantikan seorang bukan Islam untuk memegang jawatan dalam sebuah organisasi mahupun kerajaan, Islam tidak pernah meletakkan sebarang larangan,” kata pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Beliau yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, jika seseorang bersikap dwi standard, maka bukan bangsa dan agamanya yang menjadi masalah, tetapi sikap yang menjadi masalah.

Justeru, kata beliau, timbul persoalan dalam beberapa keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas lantikan Pakatan Harapan (PH) yang sering kali dilihat bertindak melampaui batasan undang-undang negara.

“Adakah Peguam Negara bersikap dwi standard di mana dakwaan rasuah terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng digugurkan sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berasa terkejut. 

“Selain itu, isyarat lucah yang pernah ditunjukkan oleh peguam, Siti Kasim tiada pendakwaan dan terbaru dua tuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN )DAP yang memiliki bahan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dibatalkan tanpa sebab. 

“Apakah ini dwi standard ataupun ‘rule of law? Apakah selepas ini semua suspek akan dibebaskan dan tiada pendakwaan dan kemudian membuka jalan sehingga LTTE dikeluarkan dari senarai kumpulan pengganas?,” soalnya dalam satu kenyataan, semalam.

Firdaus berkata, jika situasi seperti ini berlaku, maka beliau telah memahami maksud di sebalik ‘rule of law’ yang dicanangkan selama ini.

“Cukup-cukuplah,” katanya.

Peguam Negara telah beberapa kali menerima desakan supaya meletakkan jawatan, malah terdapat pihak yang turut menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya memecat beliau.

Semalam, blok pembangkang mendesak Dr Mahathir supaya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Tommy.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa, Tommy kerap menyalahgunakan kuasanya untuk campur tangan dalam beberapa kes mahkamah.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan memecat seseorang sewenang-wenangnya walaupun didesak.

“Tetapi kami mempunyai peraturan undang-undang (rule of law) dan kami perlu patuhinya. Melainkan sesuatu yang sangat serius berlaku, saya tidak akan pecat seseorang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan di Perdana Putra pada Khamis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close