Berita UtamaUtama

RON97 naik 1 sen, RON95, diesel kekal

Kerajaan tanggung subsidi sebanyak RM79.39 juta

BANGI, 11 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Harga runcit petrol RON97 naik 1 sen daripada RM2.56 seliter kepada RM2.57 seliter, mulai tengah malam ini.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga itu berkuatkuasa bagi tempoh 9 November 2019 sehingga 15 November 2019.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.28 seliter masing-masing. 

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.26 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya. 

Kementerian itu berkata, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 9 November 2019 sehingga 15 November 2019 adalah berjumlah RM79.39 juta.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close