Berita UtamaDuniaUtama

Rakyat Kuwait pula adakan protes terhadap kerajaan

Ratusan penunjuk perasaan himpun bantah kerajaan curi wang

KUWAIT CITY, 11 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Parlimen Kuwait, bagi membantah sistem perkhidmatan awam yang lemah dan tindakan kerajaan dalam memerangi gejala rasuah.

Demontrasi berkenaan diadakan di tengah-tengah protes anti-kerajaan di negara jiran Iraq dan Lubnan, ekoran tindakan rakyat mengutuk tindakan kerajaan.

Difahamkan, protes yang mendapat kebenaran pihak berkuasa itu digerakkan oleh bekas Ahli Parlimen, Saleh Al-Moulla menerusi media sosial.

Saleh berkata, protes itu adalah mesej dari rakyat dan petunjuk kepada ketidakbahagiaan mereka dalam berdepan krisis rasuah di negara itu.

“Kami mahu kerajaan berhenti mencuri duit rakyat. Mereka telah mengambil harapan dan impian kami,” kata salah seorang penunjuk perasaan seperti dilaporkan agensi berita AFP.

Sementara itu, peguam dan aktivis hak asasi manusia, Mohammed Al-Houmaidi menegaskan, inisiatif itu tidak dipimpin oleh mana-mana gerakan politik.

“Bantahan ini diketuai oleh semua rakyat yang berdepan masalah dengan perumahan, kesihatan dan pendidikan,” katanya.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close