Berita UtamaPendapatPRK Tg. PiaiUtama

PRK Tg Piai: Tiada sebab pengundi tolak calon Berjasa

MCA akan tuntut kerusi pada PRU-15 jika menang PRK Tg Piai

SAYA boleh faham kenapa orang tolak calon Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, walaupun beliau adalah seorang imam. Melihatkan segala keserakahan DAP dan kebisuan ahli Palimen muslim daripada kalangan Pakatan Harapan (PH), tiada gunanya kalau beliau dihantar ke Parlimen dan kemudiannya hanya berdiam diri, seperti kebanyakan ahli Parlimen muslim PH yang lain, dalam pelbagai isu.

Pada saya, kewibawaan itu sendiri telah terlerai dengan segala situasi yang berlaku dewasa ini. Tiada faedahnya membawa beliau ke Parlimen. Beliau seharusnya ditolak.

Saya juga boleh cuba rasionalkan (walaupun amat berat dan sukar) kenapa Barisan Nasional (BN) mencalonkan wakil MCA di Tanjung Piai ini. Namun, saya merasakan mudaratnya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan masalahnya.

Namun percayalah, jika BN menang di dalam PRK ini, ini akan menjadi semacam pendorong kepada MCA untuk menuntut kerusi-kerusi lain (yang hampir sama demografi penduduknya) di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Sudah tentulah ini tidak baik. Sepatutnya mereka masuk Pilihan Raya dan bertanding untuk menyaingi DAP di tempat-tempat, di mana majoritinya ialah rakyat berbangsi Cina dan memenangi hati pengundi berbangsa Cina.

Bukannya bertanding di tempat majoriti Melayu seperti Tanjung Piai. Pada saya, beliau perlu ditolak. Agar nanti Muafakat Nasional (MN) memasuki PRU ke-15 dengan keadaan lebih jelas tentang peranan yang sepatutnya masing-masing mainkan.

Atas nama MN, saya juga masih dapat menerima kenapa PAS terpaksa menerima calon yang dikemukakan oleh BN, walaupun beliau adalah calon MCA. Tetapi saya rasa sukar menerima apabila PAS beria-ria berkempen untuk kemenangan calon BN ini.

Jika hanya dua calon berkenaan bertanding, mungkin tuan-tuan akan bertanya saya, apakah alternatifnya. Nah, sekarang tuan-tuan dan puan-puan telah disajikan dengan suatu alternatif yang lebih baik daripada keduanya, seorang Muslim yang berwibawa, mempunyai ‘credentials’ yang amat baik.

Profesional dan amat sesuai untuk kawasan seperti Tanjung Piai. Tuan-tuan boleh lihat sendiri ‘credentials’ beliau. Tidak ada sebab mengapa tuan-tuan dan puan-puan, para pengundi Tanjung Piai patut menolak beliau.

Kepada rakan-rakan non-muslim, anda tak perlu risau. Semakin kuat pegangan seorang muslim itu dengan Islam beliau, semakin akan terjaga hak rakan-rakan sekalian. Ini adalah kerana Rasulullah SAW tidak pernah merestui mana-mana muslim yang membuat perkara tidak baik kepada non-muslim yang tidak memerangi Islam.

Negara Malaysia yang sama-sama kita cintai ini, adalah sebuah negara yang mempunyai paksinya, dan paksinya adalah Islam dan melayu. Semakin teguh paksi ini, semakin akan teguh, utuh dan stabil negara yang kita cintai ini. Kestabilan negara ini akan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat, tanpa mengira bangsa dan ugama.

##Dato’ Ir. Ts. Dr Badhrulhisham bin Abdul
Aziz, Calon Berjasa untuk Tanjung Piai.

Dr Aznan Hasan
Bekas Ahli Majlis Syura Majlis Ulama’ Isma (MUIS)

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close