Berita UtamaGambar PilihanIstimewaPRK Tg. PiaiUtama

PRK Tg Piai: Berjasa terima sokongan luar biasa

Ribuan mohon jadi ahli baru selepas hari penamaan calon

BANGI, 11 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Penyertaan parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kali ini menerima sambutan luar biasa daripada masyarakat.

Naib Presidennya, Ustaz Hazizi Abdul Rahman berkata, perkara berkenaan dapat dibuktikan melalui permohonan ribuan ahli baru untuk menyertai parti itu yang telah diterima secara dalam talian.

Teruja dengan perkara itu, beliau berkata, permohonan itu diterima hanya dalam tempoh beberapa hari selepas proses penamaan calon.

“Berjasa turut menerima sumbangan derma daripada orang ramai yang menyokong perjuangan Berjasa.

“Malah, ramai juga yang tampil sebagai sukarelawan terutamanya pada masa cuti hujung minggu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon Berjasa, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gerakan dan dua calon bebas.

Presiden Berjasa, Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz dipertaruhkan sebagai pencabar kepada calon muslim daripada PH, Karmaine Sardini dan calon bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

Pertembungan itu turut membabitkan calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Gerakan, Wendy Subramniam dan seorang lagi calon bebas, Dr Ang Chuan Lock.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, dari Bersatu yang mewakili PH pada 21 September lalu, akibat komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Allahyarham Dr Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 21,254 undi menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close