Berita UtamaDuniaEropahUtama

Perancis pindahkan ratusan pendatang tanpa izin

16,000 tempat tinggal bakal disediakan di 3 pusat baharu

PARIS, 11 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Pihak polis memindahkan ratusan pendatang tanpa izin dari dua buah kem di utara Paris semalam, sehari selepas kerajaan mengambil alih kuasa Jabatan Imigresen.

Sekurang-kurangnya 600 anggota polis dikerahkan mengiringi pendatang berkenaan ke pusat pemindahan baharu dalam operasi sekitar pukul 6 pagi seperti dilaporkan agensi berita AFP.

Kedua-dua kem yang berhampiran Porte de la Chapelle itu masing-masing diduduki oleh 600 dan 1,200 pendatang tanpa izin.

Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe berkata, pihaknya perlu mengambil alih kuasa imigresen selain memutuskan kebenaran suaka dan integrasi.

Beliau berkata, Paris perlu mengaktifkan hak pemohon suaka untuk tinggal di negara itu berlandaskan prinsip dan matlamat dibina.

Kebanyakan pendatang tanpa izin berkenaan berasal dari Afghanistan dan sub-Sahara Afrika.

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Hidalgo berkata, operasi besaran-besaran seperti itu telah berlaku sebelum ini.

“Kami memerlukan proses yang sewajarnya apabila pendatang tanpa izin tiba di Perancis supaya mereka lebih dihormati.

“Di kem ini, kira-kira 20 peratus pelarian tinggal secara sah, tetapi tidak ditawarkan apa-apa jenis perumahan. Malah, terdapat juga keluarga yang tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner pada Rabu lalu berkata, kira-kira 3,000 pelarian yang tinggal di beberapa perkampungan di timur laut Paris akan dipindahkan sebelum akhir tahun ini.

Castaner berkata, sebanyak 16,000 tempat tinggal akan disediakan di tiga pusat baharu dan ianya bagi mengawal dan mengelakkan para pelarian daripada membina penempatan yang tidak sah. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close