Berita UtamaPRK Tg. PiaiUtama

Tinggal politik lapuk, Berjasa yakin bawa pembaharuan

Pengundi muak pendirian tak konsisten pemimpin politik: Tok Badh

Oleh Athirah Huda Zalhe

PONTIAN, 10 Rabiulawal 1441H, Khamis – Pengundi sudah ‘muak’ dengan pendirian tidak konsisten pemimpin parti politik yang akhirnya gagal membawa suara rakyat ke platform sebenar sebagai Ahli Parlimen.

Calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, itu adalah antara suara yang diluahkan kebanyakan pengundi di Tanjung Piai terhadap sikap kebanyakan pemimpin parti politik hari ini.

Tidak mahu terpalit dengan sikap berkenaan, beliau berkata, perjuangan Berjasa jelas untuk membawa perubahan dan politik baharu kepada rakyat Malaysia.

“Melalui PRK (pilihan raya kecil) Tanjung Piai, saya berharap dengan cara Berjasa berkempen, kita akan mengubah pandangan pengundi mengenai politik ‘lapuk’ berkenaan.

“Kita mahu pengundi memilih calon dan parti yang betul-betul berjuang untuk rakyat dan bukan hanya janji material, terap budaya mengugut untuk memenangi pilihan raya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Prof Badhrulhisham berkata, sekiranya Berjasa dipilih mewakili Tanjung Piai di Parlimen, ia menjadi mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai titik tolak penyatuan orang Melayu.

“Ia juga petanda jelas bahawa pengundi menolak politik ketaksuban parti, politik kotor yang hanya memikirkan material.

“Dan jika Berjasa dipilih ia juga menandakan tamatnya politik buli oleh ‘abang besar’ dalam kalangan parti lama yang cuba mendominasi parti kecil, sedangkan tiada perubahan yang nampak.

“Walaupun kita belum ada satu kerusi, tetapi jika diberi peluang Berjasa akan bawa suara rakyat tanpa terikat dengan sebarang perikatan atau polisi parti yang kadang-kadang menyebabkan Ahli Parlimen terpaksa tunduk, walaupun bertentangan dengan kebenaran,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close