Berita Utama

Isu SPP: KP SPRM enggan komen, biar polis selesai

Tidak akan teliti dakwaan campur tangan politik dalam SPP

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1442H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan meneliti dakwaan campur tangan politik dalam Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

“Saya rasa ini adalah masalah dalaman polis. Biarkan polis menyelesaikannya sendiri, saya tidak ingin memberikan komen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program antirasuah bersama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Nasional, hari ini.

Pada 30 April, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa terdapat campur tangan politik dalam SPP dan pengurusan pasukan polis.

Dalam sidang media terakhirnya, Abdul Hamid mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin campur tangan dalam pelantikan anggota polis kanan. 

Abdul Hamid turut mengakui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Hamzah sepanjang memegang jawatan Ketua Polis Negara di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button