Berita UtamaUtama

Pemimpin Melayu gagal fahami genosid demokrasi

'Politikus' Melayu masih dengan pegangan fanatik kepartian: Amir Isma

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 10 Rabiulawal 1441H, Khamis – Kegagalan pemimpin Melayu dan Islam memahami genosid demokrasi yang sedang berlaku bukan sahaja akan menyebabkan bangsa Melayu terus terpinggir dan tertindas, bahkan kestabilan dan masa depan negara turut terancam.

Mereka fikir kegagalan dalam melaksanakan prinsip ‘rule of law’, kegagalan ekonomi dan ancaman krisis perkauman hanya isu politik bukan isu masyarakat dan masa depan negara, kata Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau menegaskan, ramai kalangan orang Melayu dan Islam masih tidak faham bahaya yang sedang mereka hadapi ketika ini malah mereka menganggap tindak tanduk rasis kerajaan yang didominasi parti tamak haloba, DAP hari ini biasa-biasa sahaja.

“Walaupun hampir setiap hari kepincangan dan ketidakadilan berlaku, pemimpin Melayu dan Islam masih ingin menambah bilangan MP bukan Islam dalam Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masa depan negara sekiranya orang bukan Islam menguasai kerajaan dan terus memerintah.

Pemimpin gerakan Islam itu turut menyifatkan golongan berkenaan mabuk dengan retorik kononnya mahu tunjuk keterbukaan dan imej ‘multiracial’

“Mereka tidak mahu faham bahawa wakil bukan Islam dan Melayu sama ada di kerajaan atau pembangkang akan melaksanakan agenda yang sama.

“Selain itu ‘politikus’ Melayu masih dengan kepompong politik fanatik bahawa asal orang bersama dalam gabungan mereka baik, jika bukan dalam gabungan jahat.

“Mereka lihat hanya dengan kaca mata politik kepartian yang memerangkap mereka sehingga gagal melihat bahaya yang sedang mereka hadapi,” katanya tanpa menamakan mana-mana pihak.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close