Berita UtamaPRK Tg. PiaiUncategorizedUtama

Kenapa Berjasa hantar calon?

Matlamat Muafakat Nasional dalam PRK Tg Piai sedikit tersasar

ADA rakan dari parti politik yang terlibat dalam Piagam Muafakat Nasional (PMN) tanya saya,”Kenapa BERJASA hantar calon walaupun setuju dengan PMN?”

Saya tersenyum dan menjawab,”BERJASA setuju dengan idea permuafakatan Melayu Islam sebagai bangsa tunggak untuk mengembalikan dominasi politik yang telah terlepas. Kalau PMN komited memperjuangkan perkara ini BERJASA akan sokong sepenuh jiwa. Tapi dalam konteks calon PRK kali ini, nampaknya matlamat ini sedikit tersasar.

Sejarah politik Malaysia menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwujudkan pada tahun 2008 akhirnya terlerai kerana perbezaan prinsip. Saya menjangkakan Pakatan Harapan yang ditubuhkan pada 2015 juga akan mengalami nasib yang serupa.

Satu-satunya parti yang semakin kuat dan berkuasa kerana cekal dengan prinsip perjuangan walau dalam mana-mana permuafakatat hanyalah DAP!

Dia angguk tanda setuju. Orang yang rendah diri dan mahu belajar mampu pergi jauh dan laju.

Istiqamah dengan syariat, mujahadah dengan agenda yang padu.

Ada rakan dari parti politik yang mesra DAP tanya saya, “Kalau BERJASA menang satu kerusi parlimen pun apa maknanya? Bukan boleh buat apa-apa.”

Saya tersenyum dan menjawab,” Dalam PRU 1964, PAP (parti asal yang melahirkan DAP) hanya menang satu kerusi parlimen oleh Devan Nair di Bungsar (Seputeh + Lembah Pantai).”

“Hanya selepas 55 tahun DAP telah menguasai politik Malaysia! Jadi, BERJASA masuk bertanding sekarang untuk perancangan 50 tahun akan datang (atau mungkin lebih singkat).”

Dia terdiam membisu. Orang yang tak tahu sejarah memang senang kena tipu.

Kawan seakidah tak kenal, musuh satu selimut tak tahu!

Ir Muhammad Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat Isma

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close