Berita UtamaDuniaUtama

Delegasi Hamas ke Kaherah

Bincang tentang pilihan raya dengan Pegawai Perisik Mesir

BAITULMAQDIS, 10 Rabiulawal 1441H, Khamis – Delegasi Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) kini menuju ke Kaherah bagi bertemu Pegawai Risikan Mesir tentang hasrat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pilihan raya.

Jurucakap Hamas, Abdel Latif Qanou berkata, delegasi berkenaan diketuai oleh Pegawai Kanan Hamas, Khalil al-Haya dari Semenanjung Gaza.

“Delegasi yang hadir akan memberi penerangan kepada Pegawai Risikan Mesir mengenai hasrat Hamas untuk mengadakan pilihan raya.

“Hamas sangat serius dalam memastikan kejayaan pilihan raya ini dan bersedia mendengar pandangan mana-mana pihak.” katanya.

Jurucakap melaporkan, pegawai-pegawai dari Hamas akan turut melawat ke beberapa buah negara namun begitu tidak memberi sebarang maklumat lanjut.

Lawatan berkenaan dijalankan pada ketika timbul laporan perbincangan di antara Pihak Berkuasa Palestin (PA), Hamas dan beberapa puak yang menetap di Gaza menemui jalan buntu.

Hamas secara dasarnya menyambut baik inisiatif Mahmoud namun berpendapat pilihan raya wajar disekalikan dengan Majlis Perundangan Palestin (PLC), Presiden PA dan badan perundangan PLO.

Bagaimanapun, Mahmoud merasakan pilihan raya Palestin perlu diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan di peringkat lain dijalankan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close