Berita UtamaDuniaUtama

42 peratus umat Islam di Perancis akui diganggu

37 peratus wanita muslim pernah dihina: IFOP

PARIS, 10 Rabiulawal 1441H, Khamis – Satu tinjauan mengatakan bahawa 42 peratus orang Islam di Perancis menerima gangguan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka, lapor Anadolu Agency.

Kaji selidik yang diterbitkan oleh Institut Pendapat Awam Perancis (IFOP) berkata, kebanyakan gangguan itu berlaku semasa meminta pekerjaan dan menyewa rumah.

“60 peratus wanita muslim yang memakai tudung berkata mereka diganggu sekurang-kurangnya sekali.

“Sementara itu, 24 peratus daripada orang Islam yang mengambil bahagian dalam kaji selidik mengatakan mereka diserang secara lisan,” kata kajian tersebut.

Selain itu, 37 peratus wanita bertudung berkata, mereka pernah dihina.

Bulan lepas, Ahli Parlimen Perancis, Julien Odoul meminta seorang wanita Islam untuk melepaskan tudungnya dalam pertemuan di Besancon timur dan kemudian menyerangnya secara lisan.

Susulan insiden berkenaan, tercetusnya perbincangan dan kenyataan yang mensasarkan umat Islam.

Minggu lalu, seorang lelaki berusia 84 tahun ditahan selepas dia menembak dan mencederakan dua orang lelaki ketika mereka sedang bersolat di sebuah masjid di bandar Bayonne, selatan Perancis. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close