Berita UtamaDuniaUtama

37 pekerja terbunuh diserang

Sasar lombong Semafo buat kali ketiga dalam tempoh 15 bulan

BURKINA FASO, 10 Rabiulawal 1441H, Khamis – Seramai 37 orang terbunuh manakala lebih 60 cedera, apabila lelaki bersenjata menyerang konvoi yang mengangkut pekerja tempatan ketika dalam perjalanan ke sebuah lombong milik syarikat Kanada, Semafo di Burkina Faso, semalam.

Gabenor Wilayah Est, Saidou Sanou dalam satu kenyataan berkata, kejadian serang hendap itu dilakukan oleh beberapa individu bersenjata yang tidak dikenali.

Dua sumber keselamatan mengatakan, kenderaan tentera yang mengetuai konvoi itu diserang oleh objek peranti letupan (IED) di jalan raya yang tiada rangkaian telefon bimbit.

Tidak lama selepas letupan awal, sejumlah lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan, dengan salah seorang sumber menyatakan bahawa mereka menyasarkan bas serta pengiring tentera.

Bagaimanapun, jumlah mangsa tidak termasuk bilangan pasukan keselamatan yang mungkin terbunuh dalam serangan itu tidak diketahui.  

Menurut sumber keselamatan, angka itu mungkin meningkat kerana terdapat sejumlah besar mangsa yang masih belum dikira.

Semafo mengetatkan kawalan keselamatan tahun lepas berikutan insiden bersenjata berhampiran dua lombongnya di negara ini. 

Serangan berkenaan adalah yang ketiga dilancarkan ke atas Semafo dalam tempoh 15 bulan di negara Afrika Barat itu, yang sedang berdepan dengan pemberontakan meragut ratusan nyawa. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close