PendapatPRK Tg. Piai

Berjasa ajak pengundi ubah cara fikir berlandas syariat

Darurat automatik hilang apabila ada alternatif yang setanding

SECARA asasnya, semua pengundi muslim setuju bahawa calon muslim lebih perlu diutamakan berbanding calon bukan muslim.

2. Kemudian datanglah perkiraan tertentu, seperti:

a) Majoriti pengundi suka calon bukan muslim, so apa guna saya mengundi calon muslim? Useless!

b) Calon bukan muslim ini parti besar, manakala calon muslim pula parti kecil. Parti kecil tak mampu bawa apa-apa perubahan.

c) Jika calon yang kita sokong itu semuanya muslim dan tak ada seorang pun bukan muslim, nanti orang kata kita ‘Islam Super Pekat’. Kita tak nak dipandang begitu.

3. Apapun alasan dan taazur yang diberikan, ketahuilah bahawa asal bagi pelantikan pemimpin adalah keislaman.

4. Jika alasan dan taazzur itu bertaraf darurat pun, bukankah prinsip syariah mengajar kita ‘Darurat Perlu Dilenyapkan atau Diatasi’ (الضرر يزال)? Syariah menyuruh kita atasi darurat, bukan tunduk pada darurat selamanya.

5. Itulah menariknya PRK Tanjung Piai ini. Setelah lama pengundi muslim terpaksa undi calon bukan muslim, akhirnya Berjasa cuba mengajak masyarakat mengubah cara fikir, agar berlandaskan syariah. Berjasa bawa seruan #UndilahCalonMuslimBerwibawa.

6. Dan apabila ada alternatif yang setanding, maka secara automatik darurat itu hilang, dan tiada alasan lagi untuk terpaksa mengundi calon bukan muslim.

Wallahu’alam

Ustaz Bilal Jailani
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Artikel ini pertama kali disiarkan dalam Facebook penulis.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close