Apa Kata PakarBerita UtamaIstimewaTULARUtama

Kita hantar Tok Badh ke Parlimen

Berjasa letak calon yang paling berkredibiliti berbanding parti lain

JIKA UMNO tidak mampu untuk mengajar MCA untuk buang sifat tamak dan kiasu, maka biar BERJASA yang lakukannya.

BERJASA masuk bertanding kerana UMNO tunduk dengan ugutan MCA keluar BN dengan alasan yang tidak masuk akal. Semuanya hanya kerana ketamakan dan halobanya MCA hatta di kawasan Parlimen majoriti orang Melayu sekalipun.

Lihat perbandingan di P.078 Cameron Highland, bagaimana MIC lebih sebenarnya memahami aspirasi Barisan Nasional dan Muafakat Nasional (walaupun belum ditandatangani secara rasmi), apabila dengan ikhlas memberi laluan kepada calon Muslim. Parlimen Cameron Highland mempunyai 33.4 peratus orang Melayu, 28.4 peratus Cina dan 14 peratus India. Majoriti adalah orang Melayu/muslim, maka kerusi Parlimen (lawmaker) diberi pada orang Melayu/muslim.

Sama juga keadaannya di P165 Tg Piai ini. Komposisi pengundi adalah 57 peratus orang Melayu, 42 peratus Cina dan 1 peratus India. Maka besarlah harapan akar umbi orang UMNO sebenarnya mahu kepimpinan parti mengembalikan semula kerusi yang pernah di ‘infaq’ kan oleh UMNO untuk MCA sejak tahun 2004.

Malah dikhabarkan sudah bertiup kencang bahawa calon Umno akan diletakkan disitu beberapa hari sebelum pengumuman calon oleh BN, namun realiti tidak seindah mimpi. Hari pengumuman calon, BN mengumumkan calon MCA.

Dalam gelombang kebangkitan dan kesedaran jutaan orang Melayu Islam melalui Himpunan Penyatuan UMMAH, kempen ‘BMF’ dan Muafakat Nasional, tiba-tiba aspirasi akar umbi ini ditendang keluar begitu sahaja.

Malah BERJASA turut mengeluarkan kenyataan demi kenyataan agar diletakkan calon Melayu Muslim tetapi dipandang sepi. Kita telahpun bersedia jentera untuk membantu kempen memenangkan calon Muslim dari BN-PAS sekiranya diletak bertanding. Tetapi, keputusan BN ini adalah bersendiri. Parti-parti komponen lain dalam Gagasan Sejahtera tidak pernah duduk sekali pun untuk berbincang.

Maka atas dasar prinsip. Kita melihat calon PH bukan calon yang mampu untuk membawa aspirasi dan suara umat kerana seringkali terbukti dominasi DAP dalam pakatan itu. Apatah lagi kerusi Tg Piai itu sebenarnya adalah milik parti DAP sejak PRU12 lagi.

Kita lihat calon BN adalah MCA, yang mana secara konsisten menolak hukum syariat untuk orang Islam. Malah pendirian parti itu dengan DAP adalah seiring dan sejalan khusus dalam isu Sekolah Vernakular, pengiktirafan UEC, RUU 355 memartabat mahkamah syariah, isu tulisan Jawi, dan isu bahasa Melayu.

Maka, mana mungkin orang Melayu Islam serta rakan-rakan Cina India yang menyedari hakikat bahawa negara ini hanya akan aman sejahtera sekiranya dominasi politik orang Melayu itu stabil akan memberi undi pada MCA dan PH (DAP) ini.

BERJASA meletakkan calon yang paling berkredibiliti antara semua. Seorang yang soleh, profesional, mesra dan seorang bapa yang penyayang. Apalah salahnya ibu ayah adik abang di Tg Piai diberi ruang dan peluang untuk kali ini #undiBERJASA #KitaHantarTokBadhKeParlimen.

Semoga Allah melapangkan dada semua pengundi di Tg Piai. Semoga Allah beri kemenangan kepada BERJASA.

Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan BERJASA Pusat

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close