Berita UtamaIstimewaUtama

Apa kaitan Firaun dengan sejarah Malaysia?

Kerajaan perlu kemuka alasan kukuh anjur pameran Firaun

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 9 Rabiulawal 1441H, Rabu – Kerajaan perlu mengemukakan alasan kukuh serta memikirkan impak yang diperoleh negara atas tindakan menganjurkan pameran makam dan artifak Firaun Mesir, Ramses II, dan Tutankhamun, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pasir Puteh, Ustaz Sharipudin Ab Kadir berkata, penganjuran Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut ke Malaysia menelan kos yang tinggi, namun ia langsung tidak menguntungkan.

“Jika (kerajaan) harapkan kedatangan pelancong luar negara, mereka sebenarnya lebih suka berkunjung ke Mesir daripada melihat Firaun yang dibawa ke Malaysia,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganjurkan pameran makam dan artifak Firaun Mesir, Ramses II dan Tutankhamun yang lebih dikenali sebagai Raja Tut tahun hadapan.

Pada masa sama, Ustaz Sharipudin turut mempersoalkan tindakan kerajaan membawa masuk pameran terbabit dan kaitannya dengan sejarah Malaysia.

“Saya tidak nampak kesan positif yang ketara kerana tiada kaitan sejarah. Sejarah negara kita dengan Firaun,” kata beliau yang turut menyarankan kerajaan menonjolkan sejarah Malaysia berbanding negara luar.

Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 pada persidangan Dewan Rakyat, berkata, kerajaan Mesir telah memberi kelulusan untuk membawa Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut ke Malaysia tahun hadapan, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau bagaimanapun berkata, penganjuran pameran itu perlu dibawa ke Kabinet terlebih dahulu kerana ia membabitkan implikasi kewangan yang besar, terutama perlindungan insurans bagi bahan-bahan yang dibawa, namun setakat ini perkara itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close