Berita UtamaIstimewaPendapatUtama

Ridhuan Tee tempelak calon MCA

Jika benar ikhlas nak bantu Melayu, keluarkan mereka dari kemiskinan

UMRAH itu sunat saja Wee Jeck Seng, paling baik keluarkan Melayu daripada kemiskinan. jangan beri ikan, tetapi beri pancing

Keluarkan orang Melayu daripada kemiskinan di Tanjung Piai, bukan taja pergi umrah. Umrah itu sunat sahaja saja Wee. Pergi jika mampu.

Jika tidak mampu tidak perlu minta sedekah untuk pergi. Haji pun sama, rukun Islam yang kelima, menunaikan haji jika mampu. Jika tidak mampu, tak perlu sampai meminta-minta.

Syarat masuk syurga bukan dengan pergi buat umrah atau haji, tetapi iman dan takwa. Orang Arab yang tinggal dekat Makkah (Kaabah), hari-hari boleh buat umrah, setiap tahun boleh buat haji. Tetapi mereka tak buat pun.

Jika syarat umrah dan haji itu syurga, sudah tentu yang akan masuk syurga terlebih dahulu adalah orang Arab Saudi, kerana mereka paling dekat dengan Makkah. Tetapi, tidak juga mereka nampak bersungguh-sungguh.

Orang Arab di sana minum zam-zam setiap hari. Tidak pulak bersih hatinya. Malah, sanggup pemimpin mereka memerangi saudara sesama Islam. Perang Saudara antara Arab Saudi dengan Yaman masih tidak selesai hingga ke hari ini. Itulah penangan orang yang hidup berdekatan Kaabah dan meminum air zam-zam setiap hari.

Ramai yang pergi umrah tak dapat apa-apa. Duit habis. Balik ke negara asal, perangai serupa sahaja. Sekadar pergi haji nak cuci dosa. Dah cuci, buat jahat balik. Tak payahlah permainkan Islam sebegitu.

Islam bukan soal umrah haji. Islam berkaitan dengan akidah. Kefahaman terhadap Islam tanpa berbelah bahagi. Tunduk sujud patuh kepada Allah SWT. Tak dapat pergi umrah/haji, tidak mengapa jika tidak mampu, janji iman mantap Wee.

Nasihat saya kepada calon MCA ini, jika benar-benar ikhlas mahu membantu orang Melayu, keluarkan Melayu daripada kemiskinan. Itu lebih baik dan menepati kehendak Islam.

Balik daripada umrah, jika perut kosong tak guna juga. Akhirnya terpaksa meminta-minta belas ihsan orang lain. Cadangan saya, gunakan duit yang berjaya dikumpulkan oleh Wee ini nanti, jika menang, bantu Melayu memulakan perniagaan. InsyaAllah, bila Melayu ada duit nanti, tahulah mereka pergi haji dan umrah.

Namun, jika ditakdirkan Wee kalah, usahakanlah juga, baru nampak ikhlas. Jangan, bila menang baru bantu. Bila kalah tak bantu, tak menentu, tak ikhlas tu Wee.

Ingat nasihat ahli falsafah Cina, beri ikan kepada seseorang hanya boleh kenyangkan untuk sehari. Ajar dia tangkap ikan, boleh kenyangkan seumur

Jika MCA tidak faham Islam, rujuklah PAS dan UMNO yang kini bersama MCA dalam kempen di Tanjung Piai. Ramai ulama ada di situ

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close