Berita UtamaKata PedangPendapatUtama

Kempen BMF, VMF kena seiring

Tunggu....Pengundi Melayu di Tanjung Piai akan buktikan

UNDILAH Calon Muslim Berwibawa atau Vote Muslim First adalah slogan mudah difahami bagi meramaikan lagi Melayu Islam dalam Parlimen.

Sama seperti kempen beli barang Melayu Islam (Buy Muslim First), kedua-dua kempen ini memfokuskan kepentingan Melayu Islam tanpa menafikan hak orang bukan Islam.

Pedang bersyukur kempen BMF mendapat sambutan meluas di seluruh negara. Orang Melayu sudah bersedia bersepakat memajukan ekonomi bangsa Melayu. Sekian lama kita membeli daripada peniaga kaum lain, kini tiba masa kita mengkayakan orang kita.

Orang Islam juga untung dengan kempen BMF ini. Kutipan zakat akan bertambah dan akan dikembalikan semula kepada orang Islam.

Bercakap soal VMF pula, semua pihak sedar bagaimana keadaan orang Melayu hari ini selepas PRU14. Hikmahnya, PAS dan UMNO sudah berbaik dan membentuk Muafakat Nasional. Kerjasama dua parti politik Melayu Islam ini adalah satu perkara positif dan Pedang menyokong 100 peratus.

Daripada asyik berbalah dan akhirnya merugikan orang kita, adalah lebih baik dua pihak ini bekerjasama dalam arena politik.

Akan tetapi, Pedang kecewa apabila calon MCA yang dipilih oleh BN untuk bertanding. Mengapa tidak letak calon UMNO? Sedangkan majoriti pengundi adalah Melayu Islam. Ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan ini.

Kemunculan parti Berjasa agak melegakan dan telah memenuhi aspirasi kempen VMF. Pengundi Melayu tidak pening lagi untuk undi siapa.

Calon Bersatu walaupun Melayu, perlu ditolak kerana bersekongkol dengan DAP. Calon BN pula perlu ditolak kerana datang daripada parti lantang tolak agenda Islam iaitu MCA.

Apapun terserah kepada pengundi Tanjung Piai membuat keputusan. Pedang membayangkan, sekiranya Berjasa menang, ini membuktikan kempen VMF sudah membuahkan hasil.

Kurang dua minggu saja lagi tempoh yang ada bagi tiap-tiap calon berkempen memujuk dan meraih undi. Selaku seorang muslim, Pedang akan mengundi Berjasa bagi menambah seorang lagi Ahli Parlimen Melayu Islam yang akan berjuang untuk Melayu Islam.

Kata Pedang: Cuba bandingkan latar belakang enam calon bertanding, siapa lebih hebat.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net, tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close