Berita Utama

Omicron: Orang ramai digesa bekerjasama perangi pandemik

Perlu tumpu perhatian kepada tingkah laku sendiri

KUALA LUMPUR, 24 Jamadilakhir 1443H, Khamis – Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy menerusi akaun Twitter hari ini berkata tiada sekatan atau kompaun tinggi akan dilaksanakan sebaliknya rakyat perlu menumpukan perhatian kepada tingkah laku sendiri.

“Pakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. #TRIIS. Dapatkan dos penggalak. Sokong #PICKids (vaksinasi untuk kanak-kanak),” menurut ciapan beliau.

Terdahulu, Khairy berkata gelombang Omicron telah bermula di Malaysia dan kes COVID-19 dalam negara dijangka meningkat.

Bagaimanapun, beliau berkata situasi itu terkawal kerana negara mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes COVID-19 dilaporkan hari ini sebanyak 5,439 kes menjadikan jumlah kumulatif 2,850,408 kes, meningkat daripada jumlah direkodkan semalam 4,744 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button