Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Kempen secara bersemuka senjata ampuh Berjasa

Tekad pikat pengundi bukan Melayu, atas pagar: Dr Badrulhisham

Oleh Fazleen Safina

PONTIAN, 6 Rabiulawal 1441H, Ahad – Kempen secara bersemuka kini boleh diumpamakan sebagai senjata paling ampuh Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dalam menawan hati para pengundi di Tanjung Piai.

Calonnya, Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz berkata, kaedah sedemikian rupa bukan sahaja dapat mewujudkan sentuhan individu bahkan lebih mesra dan diterima ramai.

“(Kami amalkan) pendekatan mesra pengundi dan berhemah dengan semua pengundi.

“Pertemuan satu dengan satu pengundi bukan Melayu menerangkan perjuangan Berjasa yang bukan rasis dan berasaskan prinsip Perlembagaan demi mengujudkan perpaduan kaum dan keharmonian negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, perkara utama yang akan difokuskan pada PRK kali adalah isu sosioekonomi seperti taraf hidup petani, usahawan, nelayan dan sebagainya.

Malah katanya, Berjasa juga akan memperkasa jati diri anak muda serta institusi kekeluargaan.

Selain itu, Prof Badrulhisham juga optimis, dapat menjalankan kempen secara sihat khususnya dalam mendekati pengundi di atas pagar.

“Setakat ini alhamdulillah, berjalan lancar. Tumpuan media sosial dan sentuhan individu pengundi,” katanya.

PRK Tanjung Piai – pilihan raya kecil kesembilan selepas PRU14 – menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Berjasa, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan dua calon bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan semalam (2 November) sebagai hari penamaan calon dan 16 November sebagai hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close