Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Negara lebih aman tanpa komunis dalam Kabinet

Mana pemimpin PAN yang dulu kata nak sekolahkan DAP?

BANGI, 27 Safar 1441H, Sabtu – Malaysia sememangnya akan lebih aman tanpa komunis dalam Kabinet, sinis Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Zainur Rashid Zainuddin.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk tindakan pemimpin-pemimpin parti paling dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP yang mempersoal tindakan kerajaan mengharamkan komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Laluan Meraih Manfaat Bersama’.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mempertikai tindakan pihak berkuasa mengharamkan komik berkenaan, yang didakwanya terlalu cepat berikutan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas tular.

“Dalam tempoh satu hari, ia telah diharamkan. Mungkin ada niat tertentu dalam tindakan tersebut. Sepatutnya KDN teliti dahulu dengan mendapatkan bantuan pakar sejarah.

Bukannya haramkan dulu, baru kaji. Secara peribadi, saya harap KDN teliti semula kandungan komik selain memahami niat sebenar penerbit yang mengeluarkan bahan bacaan tersebut,” dakwanya.

Menyelar tindakan pemimpin rasis itu, Prof Zainur Rashid hairan apabila mereka terlalu bersungguh-sungguh mempertahan komik yang mempromosi ideologi komunis, walhal KDN sudah menyatakan sebab diharamkan.

“Kenapa DAP begitu gigih pertahankan perjuangan komunis dan militan LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam) ya?

“Mana suara Ahli Parlimen PAN yang pernah mengatakan mereka akan sekolahkan DAP suatu ketika dahulu? Malaysia sememangnya akan lebih aman tanpa komunis dalam Kabinet,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga versi penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama’.

KDN berkata, perintah larangan itu diwartakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), kerana ia antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme menyebarkan fakta yang salah serta mengelirukan mengenai komunis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close