Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

DAP sengaja kelirukan rakyat salahkan pihak berkuasa

Kandungan komik bahaya, ideologi komunis, tukar fakta sejarah

 

BANGI, 27 Safar 1441H, Sabtu – Parti paling dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP seolah-olah sengaja mengelirukan rakyat apabila mendakwa pihak berkuasa terlalu cepat bertindak mengharamkan komik propaganda komunis, ‘Inisiatif Jalur dan Laluan Meraih Manfaat Bersama’, kata Haji Aminuddin Yahaya.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) itu yakin tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan komik berkenaan dibuat mengikut prosedur yang betul.

Beliau berkata, komik yang dilarang pengedarannya jelas mempromosi komunis dan berkait rapat dengan keselamatan negara, paling ia bukan sesuatu yang boleh dikompromi.

“Kandungan komik sangat bahaya kerana mengandungi ideologi komunis dan fakta sejarah yang tidak tepat.

“Kita nampak DAP sengaja mengelirukan tanggapan rakyat terhadap parti rasis itu, sekali gus akan menyalahkan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mempertikai tindakan pihak berkuasa mengharamkan komik berkenaan, yang didakwanya terlalu cepat berikutan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas tular.

“Dalam tempoh satu hari, ia telah diharamkan. Mungkin ada niat tertentu dalam tindakan tersebut. Sepatutnya KDN teliti dahulu dengan mendapatkan bantuan pakar sejarah.

Bukannya haramkan dulu, baru kaji. Secara peribadi, saya harap KDN teliti semula kandungan komik selain memahami niat sebenar penerbit yang mengeluarkan bahan bacaan tersebut,” dakwanya.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, parti tamak haloba sememangnya mengetahui bahawa penerbitan komik itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, bahkan ia juga membabitkan penyalahgunaan kuasa dan sistem pendidikan.

“Dan DAP terlibat secara langsung (penerbitan) terutamanya Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching,” katanya.

Terdahulu, KDN mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga versi penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama’.

KDN berkata, perintah larangan itu diwartakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), kerana ia antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme menyebarkan fakta yang salah serta mengelirukan mengenai komunis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close