Berita UtamaUtama

Asmuni Awi, jangan terus fitnah kempen BMF!

Exco Perak angkuh bicara perihal ekonomi umat yang makin tenat

BANGI, 24 Safar 1441H, Rabu – Exco Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi masih terikat dengan pemikiran sempit apabila melihat kempen Beli Barangan Muslim Dahulu dari sudut kepentingan parti politik.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya menegaskan, exco kerajaan Perak itu perlu melihat kempen berkenaan dari sudut yang lebih luas iaitu ummah secara keseluruhannya, termasuk membantu ekonomi orang Islam.

Beliau menjelaskan, BMF adalah kempen yang merentas fahaman dan blok parti politik dan semua pihak dijemput bersama menyertainya tidak kira daripada parti mana termasuk Parti Amanah Negara (PAN).

“Sudah terbukti dalam kempen ini semua pihak terbabit. Tidak ada sesiapa pun akan periksa anda menyokong parti mana untuk dibenarkan turut serta dalam kempen ini.

“Jikapun ada tokoh-tokoh yang menyokong kempen ini terbabit dengan parti tertentu, namun kempen ini tidak terkesan sedikit pun dengan ideologi dan perjalanan mana-mana parti politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Asmuni memaklumkan kerajaan Perak kekal dengan larangan penganjuran kempen BMF di kawasan masjid seperti yang diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana kerajaan tidak mahu dilihat terbabit dengan kempen-kempen tidak selari dengan polisi kerajaan yang kini sedang giat mempromosikan pensijilan dan penghasilan produk halal.

Asmuni turut mendakwa, kempen seperti yang dianjurkan oleh BMF ini secara keseluruhannya akan memberi kesan negatif kepada konteks ekonomi dan keharmonian dalam konteks Malaysia.

Mengambil maklum perkata itu, Aminuddin yang juga Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, kempen Buy Halal First (BHF) berbeza dengan BMF yang lebih meluas, kerana BMF bukan setakat halal tetapi halalan toyyiban.

Justeru, dakwaan yang mengatakan BMF menjejaskan kempen membeli barangan halal adalah karut dan tidak munasabah sama sekali.

“Selain itu, dakwaan BMF memecah belah hubungan antara kaum adalah tanggapan yang salah walhal BMF dapat mengurangkan harga barang yang akhirnya dapat dimanfaatkan oleh semua kaum. BMF mampu mengurangkan jurang pendapatan antara kaum yang selama ini gagal dibuat oleh kerajaan.

“BMF adalah gerakan rakyat terutama orang Melayu. Menghalangnya bererti beliau (Asmuni) seolah-olah telah menganiaya peniaga-peniaga Melayu dan reda dengan hakikat orang Melayu yang terpinggir selama ini,” katanya.

Aminuddin turut menasihati Asmuni supaya bertindak lebih matang dalam berpolitik bukan hanya berperangai seperti budak suruhan pihak tertentu.

“Manakah maruah beliau sebagai pemimpin? Semua mufti menyokong kempen ini termasuk Sahibus Samahah Mufti Perak. Maka, adakah adil apabila dikatakan sebagai kempen yang bermotifkan politik?

“Adakah YB cuba melawan mufti? Janganlah angkuh terutamanya apabila membicarakan mengenai hal ekonomi umat yang sedang tenat,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close